Thursday, February 24, 2011

Jadual Kuliah Maghrib

          Berikut adalah Jadual Kuliah Maghrib Masid Nurul Hidayah sehingga hari ini (17/03/2014 bersamaan 16 Jumadil`awwal 1435H). Dijemput semua qariah masjid ini dan orang ramai hadir menambah ilmu pengetahuan. Ia berguna di dunia dan di akhirat. Bawa isteri dan anak-anak yang sudah `mumayyiz`.

          “Apabila mati seseorang anak Adam ada tiga perkara yang dapat membantunya di alam barzakh iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang ditinggalkan”


              Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Jazakallah Khairan,
(Semuga Allah SWT memberi balasan yang baik kepada anda semua)




Jadual Kuliah Maghrib di Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar Dalam 2011
PENYAMPAI
TARIKH
MASA
PELAJARAN
USTAZ SALLEH B MALIKI
JUMAAT, SETIAP MINGGU
LEPAS MAGHRIB
TAUHID, MENGAJI
USTAZ HJ MOHD FAIRUZ B ALI AKHBAR
ISNIN
MINGGU KEDUA 
LEPAS MAGHRIB
TASAWWUR ISLAM
USTAZ BASRI
RABU
MINGGU PERTAMA MINGGU KETIGA
MINGGU KEEMPAT
LEPAS MAGHRIB
SIRAH DAN HADIS

FEKAH


PENYAMPAI
TARIKH
MASA
PELAJARAN
USTAZ MOHIDDIN B ABD WAHAB
RABU
LEPAS ASAR
MEMBACA ALQURAN TALAQQI
USTAZ MOHIDDIN B ABD WAHAB
KHAMIS
LEPAS ASAR
MENGAJI ALQURAN BERSANAD
QARIAH MASJID  NURUL HIDAYAH KG SEMANGAR  DAN ORANG RAMAI DIPERSILAKAN HADIR
Daripada Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah

      
* Untuk wanita sahaja, Kelas Mengaji Al-Quran pada setiap Jumaat seminggu sekali jam 8.30 pagi.. Pengajar ialah Ustazah Zabedah.
* Hari Jumaat minggu pertama, setiap bulan. Kelas Fardhu `Ain wanita akan  didakan jam 3.00  petang.

Saturday, February 12, 2011

Kuliah Maghrib

        Kuliah maghrib selepas solat maghrib (setiap Jumaat) telah diadakan di Masjid Nurul Hidayah . Kuliah pertama oleh Ustaz Saleh, Guru Besar Sek Agama  Simpang Wa Ha. Beliau mengajar di sini telah bertahun-tahun. Pelajaran yang diajar sekarang ialah bergilir dengan Tauhid (sifat 20) dan Tafsir Al-Quran..

        Kuliah  kedua(terkini)  ialah  daripada Ustaz Marzuki b Mohd Tahir (Tasawwur Islam) setiap Hari Selasa minggu kedua dan keempat.


        Kuliah ketiga (terkini)  pula daripada Ustaz Tuan Mohd Za b Tuan Muda mengajar perkara Tasauf. Kuliah beliau ialah hari Ahad setiap minggu pertama awal bulan.

       Semua qariah dan orang ramai dijemput hadir. Kehadiran PERCUMA.

Thursday, February 10, 2011

Baiki Bumbung Masjid

       6hb Feb, 2011, Ahad - Kontraktor telah memanjat bumbung dan kubah masjid untuk membaiki bumbung yang bocor setelah sekian lama.  Bahagian yang bocor (menitis dan membasahi lantai mozek dan permaidani) ialah di hadapan pintu masuk utama (mozek) masjid dan belakang tempat imam mengimamkan solat.

       Menurut kata tukang,  ada sebahagian  bumbung`ardec` yang digunakan ( bercampur bumbung lama dan baru) adalah atap `terpakai`; dah sedia berlubang kesan cabutan paku lama.
        Alhamdulillah.. menjelang tengahhari  segala kerja  beres.

Mesyuarat Pertama AJK Sesi 2011-2013

       Mesyyuarat diadakan pada 6hb Feb., 2011 Ahad 8.45 malam di Masjid Kg Semangar Dalam.
       Dimulakan dengan bacaan doa daripada Tuan Imam A Rahman, Imam Masjid Nurul Hidayah. 
Kehadiran adalah 10/17 termasuk pemeriksa kira-kira. Turut hadir ialah bilal  Encik Sitas b Jaimin , imam Encik A Rahman b Mohamed,  ketua kampung En Jasmani b Satar dan Ustaz Lugiman b Sastero. Penggerak Masjid DUN Panti Ustaz Hj Zainudin b Hj Rakub  tidak dapat hadir  . Begitu juga dengan Penghulu Mukim Ulu Sg Johor merangkap Pengerusi Majlis Masjid/Surau Mukim . Beliau mewakilkan Ketua Kampung Semangar.
Pegawai Penyelaras Masjid/Surau Daerah, Ustaz Hj Lugiman b Sastero dari Pejabat Kadhi, Kota Tinggi telah memperincikan tugas AJK dan peranan pegawai masjid. 

      Selepas sesi ucapan dan penerangan, para  ajk dan  jemputan menjamu selera di serambi masjid. Setelah Pegawai Penyelaras Masjid/Surat berangkat  pulang mesyurat AJK diteruskan hingga jam 12.30 malam 7hb Feb, Isnin.

Monday, February 7, 2011

Notis mesyuarat AJK 1/2011

Semua AJK Masjid Nurul Hidayah diminta hadir ke Mesyuarat AJK Kali Pertama bagi sesi 2011-2013 seperti ketetapan berikut:-

         Tarikh    :     6 FEB 2011 / 3 Rabiulawwal 1432H
         Masa     :     8.45 malam (Lepas Isyak)
         Hari       :     Ahad
         Tempat  :     Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar
      
Dijemput turut serta ialah

         Imam Abd Rahman b Mohamed
         Imam Tuan  Hj Mohd Siti b Razali
         Bilal Sitas b Jaimin
         Yang Berbhg Tok Penghulu Mukim Ulu Sg Johor Tn Hj Zainuddin b Zainal Abidin
         Yang dihormati Ketua Kampung Semangar  Encik Jasmani b Satar
         Yang dimuliakan Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kota Tinggi Tn Haji Lugiman b Sastero
         Yang dihormati Penggerak Masjid/Surau DUN Panti Tn Haji Zainuddin b Hj Rakub

Agenda:-

    ATURCARA MAJLIS:


1.    1. Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis
2.    2.  Bacaan doa oleh Imam Masjid Nurul Huda
3.    3. Ucapan Pengerusi AJK Masjid Nurul Huda (NH) Kg Smangar 2011-2013
4.    4. Ucapan Pengerusi Majlis Masjid dan Surau Mukim Ulu Sg Johor
5.   5.   Penyerahan Tugas Pengurusan Masjid NH 2008-2010 kepada Yg Berbhg Penghulu Mukim Ulu Sg Johor merangkap Pengerusi Majlis Masjid/Surau Mukim daripada mantan Pengerusi  Masjid 2008-2010, Encik Mohd Siswaya b Sadat.
6.    6. Penerimaan Tugas Pengurusan Masjid NH  bagi sesi 2011 – 2013 daripada Yg Berbhg Penghulu Mukim Ulu Sg Johor merangkap Pengerusi Majlis Masjid/Surau Mukim
7.   7. Taklimat oleh Yang Mulia Ustaz Lugiman b Sastero, Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kota Tinggi:  Peranan dan tanggung jawab AJK masjid  bersama Pegawai Masjid dan Penggerak Masjid/Surau DUN Panti (Pengerusi, Timbalan, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan biro-biro)
8.   8. Jamuan ringan

9.     Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah Kali Pertama (2011-2013)

9.1  Ucapan Pengerusi
9.2  Ucapan Penasihat
9.3  Program Tahunan Masjid Nurul Huda, Kg semangar
9.4  Laporan Kewangan
9.5  Laporan Tabung Kebajikan Pengurusan Jenazah Kg Semangar Dalam
9.6  Pemakluman Lantikan Biro-biro
9.7  Hal-hal Lain

Thursday, February 3, 2011

Waktu solat


Waktu solat adalah peruntukan tempoh atau selang masa tertentu bagi masyarakat muslim menjalani syariat solat sama ada fardhu ataupun sunat. Penyusunan waktu solat fardhu telah diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Waktu solat adalah piawai bagi masyarakat muslim seluruh dunia. Terutama bagi solat fardhu, waktunya ditetapkan mengikut peredaran matahari dan bukan mengikut selang masa yang tetap. Hal ini disebabkan oleh faktor geografi, bentuk bumi, kecondongan paksi bumi dan peredaran bumi dalam orbitnya yang berbentuk elips. Kerana itu waktu solat boleh berubah mengikut pertukaran musim disebabkan perbezaan kadar siang dan malam.
Waktu Solat Fardhu
Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.
Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.
Waktu Maghrib (ﻣﻐﺮﺏ) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.
Waktu Isya'/Isyak (ﻋﺸﺎﺀ) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.
Waktu Subuh (ﺻﺒﺢ) bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.
Waktu Solat Sunat
Tidak semua solat sunat mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa solat sunat. Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. antara solat sunat yang dilakukan mengikut waktu tertentu:
§  Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
§  Solat dua Hari Raya - dilakukan pada waktu pagi hari raya yang pertama bagi kedua-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu Dhuha (ﺿﺤﻰ) iaitu waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah)
§  Solat tarawih - dilakukan pada waktu Isya' (lazimnya dilakukan selepas Solat isya' sebelum kemunculan waktu imsak)
§  Solat sunat gerhana - dilakukan pada waktu gerhana (matahari atau bulan) berlaku.
§  Solat sunat rawatib - dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tidak semua solat mempunyai kedua-dua solat sunat.
Waktu Haram Solat Sunat
Berikut adalah waktu yang diharamkan solat sunat kecuali solat sunat yang mempunyai sebab terdahulu seperti solat qadha' fardhu, solat-solat sunat wudhu', tahiyyatul masjid, gerhana, jenazah, minta hujan dan nazar (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):
§  Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
§  Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
§  Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
§  Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
§  Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.
Laman Pengiraan Waktu Solat
§  http://www.e-solat.gov.my, Laman web waktu solat terkini oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
§  http://www.waktusolat.net, laman web waktu solat terkini yang mempunyai kiraan yang sama dengan JAKIM.
§  http://www.waktusolat.com.my, Informasi Solat dan Quran.