Monday, December 3, 2012

MAJLIS ILMU
MASJID NURUL HIDAYAH KG. SEMANGAR DALAM


JADUAL KELAS AGAMA ISLAM

TARIKH
USTAZ/USTAZAH
MASA
PERKARA

JUMAAT  SETIAP MINGGU HUJUNG BULAN

USTAZ  HJ SALLEH B MALIKI
-           KOTA TINGGI

SELEPAS MAGRIB

TAUHID /



KHAMIS
MINGGU KEDUA 


TN HJ USTAZ MOHD FAIRUZ , MUDIR SEK TAHFIZ

SELEPAS MAGHRIB

TASAWWUR ISLAM

ISNIN
SETIAP  ISNIN


ISNIN SETIAP MINGGU

TN HJ USTAZ MOHIDIN B AB WAHAB 


TN HJ USTAZ
MOHIDIN 
B AB WAHAB


SELEPAS MAGHRIB




SELEPAS
ASAR

MENGAJI ALQURAN DENGAN TAJWID


MENGAJI 
ALQURAN 
BERSANAD

RABU
SELEPAS MAGHRIB
MINGGU KETIGA

USTAZ BASRI
-           BANDAR MAS

SELEPAS MAGHRIB

HADIS
DAN SIRAH NABI S.A.W
DAN FIQH

RABU 
SETIAP RABU MINGGU KEEMPAT

USTAZ ZAINAL

SELEPAS MAGHRIB

HADIS DAN TASAUF

SEMUA ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR .

Tuntutlah ilmu agama sebanyak-banyaknya. Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.
Keterangan lanjut , sila hubungi

0197552979 .0197785767, 0137022125

Tuesday, November 20, 2012

Kelas Mengaji Al Quran Dewasa

Lama sungguh tidak `update` blog ini. Kelas mengaji (dewasa) , hingga saat ini masih berjalan seperti biasa iaitu setiap hari Rabu selepas `Asar. Sudah 1 tahun  4 bulan usia kelas  ini.  Pelajar lama boleh membaca alQuran bertajwid. Bagi pelajar baru, teruskan usaha anda. Teguran guru akan memperelokkan lagi bacaan kita.

Bagi mereka yang ingin mengaji alQuran `bersanad` pula, sila hadir selepas `Asar hari Khamis dan Ahad. Gurunya adalah sama iaitu Tn Hj Ustaz Mohideen b Ab Wahab dari Johor Bahru. Bagi yangberminat sila hubungi saya 0197552979 atau hadir terus pada masa dan tempat yang dinyatakan. 

--------------------------------------------------------------------------------------


20 NOVEMBER, 2012 bersamaan 6 Muharram 1434H - 
     Mulai hari ini, pihak  Masjid Nurul Hidayah Kg Semangar Dalam akan menganjurkan kelas Mengaji Al Quran dengan bertajwid. Kelas ini akan diadakan setiap hari SELASA  selepas asar di  ruang masjid untuk qariah lelaki dewasa sahaja. Kelas ini akan dipimpin oleh YM Ustaz Mohidin dari Johor Bahru. Yuran belajar Al Quran ini adalah PERCUMA. 
     Orang ramai khususnya qariah masjid ini dialu-alukan hadir.  Di sini disertakan petikan keperluan membaca Al Quran bertajwid  


ARKIB : 25/09/2012

Pelajari ilmu tajwid

HUKUM membaca al-Quran secara bertajwid adalah wajib atau fardu kifayah kepada pembacanya. Maksudnya mempelajari ilmu tajwid itu sebagai fardu kifayah, bererti mestilah ada dalam sesuatu tempat atau lokasi itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu tajwid sebagai rujukan bagi masyarakat setempatnya.
Jika tidak ada seorang pun di kawasan tersebut yang mahir dalam ilmu tajwid maka kesemua penduduk kawasan itu menanggung dosa. Walaupun membaca al-Quran itu dikira sebagai sunat, al-Quran itu wajib dibaca dengan bertajwid sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan.
Sesiapa yang membaca al-Quran tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan ini dilaknati Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Ramai orang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatinya." Juga rujuk al-Baqarah ayat 121.
Zaid bin Thabit menyebutkan sabda Nabi SAW bermaksud: Sesungguhnya Allah Taala menyukai seseorang hamba-Nya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan.
Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudahku, orang-orang yang membaca al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan mahraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan menakjubkan orang sahaja."
Lagu fasik ialah lagu yang bukan berasal daripada lagu Arab yang diatur not kaedah muzik yang boleh merosakkan bunyi makhraj dan sifat huruf. Manakala lagu nyanyian ahli kitab iaitu lagu yang dilakukan seperti orang yang putus asa atau merintih ditimpa bencana dapat melalaikan sebutan huruf.
Telah sepakat para ulama sepanjang zaman dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang dalam menyatakan bahawa membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardu dan wajib.
Menurut mazhab Syafi'i, bahawa memelihara pembacaan Kitab Allah Taala iaitu membaca secara bertajwid yang muktabar di sisi ahli Qiraat adalah suatu yang wajib, tiada keraguan lagi, sedangkan bacaan selain itu adalah berdosa dan karut.

Perlu disampaikan bahawa ada beberapa hal yang sangat penting dalam membaca seni al-Quran terutama dalam sesuatu majlis bacaan atau tilawah menurut pendapat ulama yang antara lainnya sebagai berikut.

Pertama; setiap orang mesti membaca al-Quran dengan fasih dan bertajwid. Sebab hal ini merupakan masalah pokok. Kalau kita hanya mengejar lagu tanpa memerhatikan tajwid, ini merupakan satu kesalahan yang sangat besar. Kedua-duanya harus berjalan secara harmonis. Membaca dengan bertajwid, membaca dengan fasih, kemudian dilagukan secara harmonis.

Kedua; kita harus mempunyai bakat dan juga minat. Kalau kita mempunyai minat untuk membaca al-Quran, itu dapat memberikan satu jaminan bahawa kita dapat berlatih secara istiqamah. Sedangkan dengan bakat yang dimiliki bererti kita memiliki suara yang diperlukan dalam membaca al-Quran dan juga kita memiliki pernafasan yang cukup baik.

Ketiga; sabar dan ikhlas. Setiap orang harus bersabar dan ikhlas dalam membacakan al-Quran. Kerana dalam seni membaca al-Quran banyak hal-hal yang berkaitan di dalamnya, dari segi tajwid, ataupun qiraatnya. Kita perlu mempelajari bagaimana pernafsan yang baik, seluk beluk lagu, dari lagu a, b, c, dan sebagainya. Semua ini betul-betul memerlukan kesabaran dan keikhlasan kerana Allah semata-mata.

l IBRAHIM ABDULLAH ialah bekas Pegawai Agama Seranta, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20120925/ba_04/Pelajari-ilmu-tajwid#ixzz2Ck7Upuzu
© Utusan Melayu (M) Bhd 


________________________
www.kahalit2u.com