At-Tijarah daripada JCorp, Johor telah datang ke Masjid Nurul Hidayah pada 20hb Julai, 2011, 11.00 pagi untuk menyampaikan bantuan 10 buah `rehal` sempena Ulang Tahun ke 40.
Pada bulan Mei yang lalu, pihak masjid telah memohon 10 buah rehal untuk kegunaan masjid. Majlis ringkas penyerahan tersebut dilakukan di ruang masjid diserahkan oleh Tn Hj Shahruni, pengarah At- Tijarah kepada Tn Hj Kahalit, Pengerusi Masjid Nurul Hidayah bersama Imam Abd Rahman b Mohamed.
Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut.
Friday, July 22, 2011
Pra Ramadhan - Program Qiyamullail
QIYAMULLAIL
( MENDIRIKAN SOLAT MALAM- Pra Ramadhan)
DIJEMPUT SEMUA PEGAWAI, AJK, AHLI QARIAH MASJID NURUL HIDAYAH
KG SEMANGAR DALAM DAN SEKITARNYA
MENYERTAI
PROGRAM QIYAMULLAIL SEPERTI KETETAPAN BERIKUT
TEMPAT : MASJID NURUL HIDAYAH, KG SEMANGAR DALAM
TARIKH : ISYAK 23.7.2011 HINGGA SUBUH 24.7.2011
PEMBIMBING : YM USTAZ SAIFUL ANAM (AHLI PEMBIMBING KURSUS HAJI 2011/1432H)
PENGANJUR : MASJID NURUL HIDAYAH, KG SEMANGAR DALAM
PENYERTAAN PERCUMA*
TENTATIF :
ü Solat Isyak berjemaah
ü Tazkirah dan taklimat persediaan Qiyamullail
ü Persiapan diri
ü 4.00 pagi berkumpul di Masjid Nurul Hidayah
ü Tazkirah
ü Solat Tahajjud, Hajat, Istikharah, Tasbih dan Witir
ü Solat Subuh dan Kuliah
ü Riadhah dan Sarapan.
KETERANGAN LANJUT , HUBUNGI 0197552979, 0197005823 dan 013702212
`Sucikan jiwa, mantapkan iman`
`Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara`
`Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara`
*(Makan minum disediakan) http://masjidnurulhidayahkgsemangar.blogspot.com
Monday, April 25, 2011
Al-Quran Bukan Makhluk.
Assalamu`alaikum..
Lama tidak update blog ini.. Selamat bersua kembali. Bara-baru ini ada satu kuliah tu saya dapati ustaz yang mengajar mengatakan (dalam pelajaran Tauhid) bahawa al-Quran itu makhluk. Pada saya al-Quran itu Kalamullah. Di sini saya perturunkan hujahnya yang mengatakan al-Quran itu adalah Kalamullah. Saya petik daripada
http://peribadirasulullah.wordpress.com/
"Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,"
Lama tidak update blog ini.. Selamat bersua kembali. Bara-baru ini ada satu kuliah tu saya dapati ustaz yang mengajar mengatakan (dalam pelajaran Tauhid) bahawa al-Quran itu makhluk. Pada saya al-Quran itu Kalamullah. Di sini saya perturunkan hujahnya yang mengatakan al-Quran itu adalah Kalamullah. Saya petik daripada
http://peribadirasulullah.wordpress.com/
1 – Imam Ahmad Bin Hambal Dipenjarakan
Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.
Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.
Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau bekerja keras dalam menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang teguh imannya, berani berbuat di atas kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan kebenaran itu. Kerana Allah memang telah menentukan bahawa setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji keimanannya. Termasuk juga para nabi dan rasul yang tidak pernah lepas dari berbagai ujian dan cubaan.
Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan mendampingi orang-orang yang beriman apalagi orang yang menegakkan kebenaran. Demikian juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang dihadapinya dalam berjuang menegakkan kebenaran agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam kadangkala dari musuh kita dan dapat juga timbul dari kawan-kawan yang merasa iri dengan kebolehan seseorang.
Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang berpendapat demikian akan diberi hukuman. Kerana ancaman itu akhirnya Basyar melarikan diri dari Baghdad.
Sultan Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum pernah aku lakukan terhadap yang lain?” Selama 20 tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan Sultan.
Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk. Al-Amin juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam berat terhadap orang yang mengatakan Quran itu makhluk.
Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu Al-Makmun. Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat tentang Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Pada suatu kali oleh Al-Makmun diadakan pertemuan para ulama besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama tetap berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Al-Makmun mengharapkan supaya pendapat itu diterima orang ramai.
Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa “Al-Quran itu bukan makhluk?” Hanyalah Imam Hambali. Secara terus terang ia berkata di hadapan Sultan:“Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah Kalamullah.”
Imam Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu Imam Hassan bin Muhammad Sajah, Imam Muhammad bin Nuh dan Imam Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama menjawab dan membenarkan pendapat baginda sementara Imam Hambali dan Imam Muhammad bin Nuh dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah makhluk. Keduanya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara datang surat dari Tharsus yang meminta supaya keduanya dibawa ke sana dengan dirantai.
Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya dan ditunjukkan di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke Tharsus, sesampainya di sana keduanya dimasukkan ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama besar bernama Ahmad bin Abi Daud, yang pandai berbicara namun lemah dalam pendirian.
Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima usulan tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan pendiriannya bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah dari pendiriannya itu.
Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri. Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan berkata: “Atas nama saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW saya akan memukul engkau beberapa kali, sampai engkau membenarkan apa yang telah saya benarkan, atau mengatakan seperti yang saya kata?” Kerana Imam Hambali masih tetap dengan pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada perajuritnya untuk memukul Imam Hambali.
Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau mengucapkan “Bismillah.” Ketika cambuk yang kedua, beliau mengucapkan “La haula walaa quwwata illaa billah” (tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga kalinya beliau mengucapkan “Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk” (Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk). Dan ketika pada pukulan yang keempat, beliau membaca surah At-Taubah ayat 51.
“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami.”Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah.
Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan tangan yang terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu Ja’far Al-Anbari menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya: “Hai Abu Ja’far apakah engkau susah melihat keadaanku?” “Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu menjawab seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka.”
Mendengar kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan berkata: “Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian beliau pun dikunjungi oleh bekas penjahat bernama Abdul Haitsam Al-Ayyar dan berkata kepada beliau: “Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran.”
Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti beliau ialah saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-Makmun meninggal dunia beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham Al-Quran itu makhluk harus dipertahankan.”
Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan faham kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada Al-makmun bahawa jika Imam Ahmad bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu makhluk hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat.
Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan ini cuba mengadili Imam Hambali dengan melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud kalah kerana tidak dapat mengemukakan alasan yang lebih kuat. Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam penjara.
Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran itu adalah baru, bagaimana pendapat anda.” “Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh membahas soal tersebut.” Jawab beliau.
Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa. Baginda berkata: “Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran itu makhluk, supaya kamu selamat.”
Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran itu adalah baru, bagaimana pendapat anda.” “Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh membahas soal tersebut.” Jawab beliau.
Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa. Baginda berkata: “Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran itu makhluk, supaya kamu selamat.”
Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali seluar yang menutup auratnya putus dan hampir turun ke bawah. Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas sambil berdoa: “Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau mengetahui bahawa saya adalah benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup aurat ku.” Ketika itu pula seluar beliau yang akan jatuh itu naik ke atas kembali sehingga aurat beliau tidak jadi terlihat oleh orang ramai.
Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para hakim dan orang- orang hadir kemudian berbuka puasa di hadapan beliau. Sementara beliau dibiarkan saja tidak diberi sesuatu makanan untuk berbuka. Demikianlah seterusnya, pada hari yang kedua pun beliau masih tetap didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada hari ketiga beliau masih tetap didera sehingga pengsan.
Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan dilakukan terhadap para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang memancung leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza’i. Kepala Ahmad bin Naser digantung dan diletak tulisan yang berbunyi: “Inilah kepala Ahmad bin Naser yang tidak mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka Tuhan memasukkan Ahmad bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan dirinya dari kiblat.” Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat leher Ahmad bin Naser.
Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah dicabut tentang faham muktazilah dan diadakan pembebasan terhadap semua ulama yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin hambal. Sementara itu Imam Hambali setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak l0,000 dirham, namun hadiah tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa untuk menerimanya, akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun. Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh Kota Baghdad menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang muslimin. Demikian berakhirnya riwayat seorang penegak kebenaran dan meninggikan ilmu pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan dan penganiayaan. Semoga mereka yang berjuang pada jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya dan keredhaanNya.
Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan dan seksaan.
Firman Allah ertinya:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”(Al-Ankabut: 2-3)
Thursday, February 24, 2011
Jadual Kuliah Maghrib
Berikut adalah Jadual Kuliah Maghrib Masid Nurul Hidayah sehingga hari ini (17/03/2014 bersamaan 16 Jumadil`awwal 1435H). Dijemput semua qariah masjid ini dan orang ramai hadir menambah ilmu pengetahuan. Ia berguna di dunia dan di akhirat. Bawa isteri dan anak-anak yang sudah `mumayyiz`.
“Apabila mati seseorang anak Adam ada tiga perkara yang dapat membantunya di alam barzakh iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang ditinggalkan”
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
* Untuk wanita sahaja, Kelas Mengaji Al-Quran pada setiap Jumaat seminggu sekali jam 8.30 pagi.. Pengajar ialah Ustazah Zabedah.
* Hari Jumaat minggu pertama, setiap bulan. Kelas Fardhu `Ain wanita akan didakan jam 3.00 petang.
“Apabila mati seseorang anak Adam ada tiga perkara yang dapat membantunya di alam barzakh iaitu anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang ditinggalkan”
Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
Jazakallah Khairan,
(Semuga Allah SWT memberi balasan yang baik kepada anda semua)
Jadual Kuliah Maghrib di Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar Dalam 2011
PENYAMPAI
|
TARIKH
|
MASA
|
PELAJARAN
|
USTAZ SALLEH B MALIKI
|
JUMAAT, SETIAP MINGGU
|
LEPAS MAGHRIB
|
TAUHID, MENGAJI
|
USTAZ HJ MOHD FAIRUZ B ALI AKHBAR
|
ISNIN
MINGGU KEDUA |
LEPAS MAGHRIB
|
TASAWWUR ISLAM
|
USTAZ BASRI
|
RABU
MINGGU PERTAMA MINGGU KETIGA MINGGU KEEMPAT |
LEPAS MAGHRIB
|
SIRAH DAN HADIS
FEKAH |
PENYAMPAI
|
TARIKH
|
MASA
|
PELAJARAN
|
USTAZ MOHIDDIN B ABD WAHAB
|
RABU
|
LEPAS ASAR
|
MEMBACA ALQURAN TALAQQI
|
USTAZ MOHIDDIN B ABD WAHAB
|
KHAMIS
|
LEPAS ASAR
|
MENGAJI ALQURAN BERSANAD
|
QARIAH MASJID NURUL HIDAYAH KG SEMANGAR DAN ORANG RAMAI DIPERSILAKAN HADIR
Daripada Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah
* Untuk wanita sahaja, Kelas Mengaji Al-Quran pada setiap Jumaat seminggu sekali jam 8.30 pagi.. Pengajar ialah Ustazah Zabedah.
* Hari Jumaat minggu pertama, setiap bulan. Kelas Fardhu `Ain wanita akan didakan jam 3.00 petang.
Saturday, February 12, 2011
Kuliah Maghrib
Kuliah maghrib selepas solat maghrib (setiap Jumaat) telah diadakan di Masjid Nurul Hidayah . Kuliah pertama oleh Ustaz Saleh, Guru Besar Sek Agama Simpang Wa Ha. Beliau mengajar di sini telah bertahun-tahun. Pelajaran yang diajar sekarang ialah bergilir dengan Tauhid (sifat 20) dan Tafsir Al-Quran..
Kuliah kedua(terkini) ialah daripada Ustaz Marzuki b Mohd Tahir (Tasawwur Islam) setiap Hari Selasa minggu kedua dan keempat.
Kuliah ketiga (terkini) pula daripada Ustaz Tuan Mohd Za b Tuan Muda mengajar perkara Tasauf. Kuliah beliau ialah hari Ahad setiap minggu pertama awal bulan.
Semua qariah dan orang ramai dijemput hadir. Kehadiran PERCUMA.
Kuliah kedua(terkini) ialah daripada Ustaz Marzuki b Mohd Tahir (Tasawwur Islam) setiap Hari Selasa minggu kedua dan keempat.
Kuliah ketiga (terkini) pula daripada Ustaz Tuan Mohd Za b Tuan Muda mengajar perkara Tasauf. Kuliah beliau ialah hari Ahad setiap minggu pertama awal bulan.
Semua qariah dan orang ramai dijemput hadir. Kehadiran PERCUMA.
Thursday, February 10, 2011
Baiki Bumbung Masjid
6hb Feb, 2011, Ahad - Kontraktor telah memanjat bumbung dan kubah masjid untuk membaiki bumbung yang bocor setelah sekian lama. Bahagian yang bocor (menitis dan membasahi lantai mozek dan permaidani) ialah di hadapan pintu masuk utama (mozek) masjid dan belakang tempat imam mengimamkan solat.
Menurut kata tukang, ada sebahagian bumbung`ardec` yang digunakan ( bercampur bumbung lama dan baru) adalah atap `terpakai`; dah sedia berlubang kesan cabutan paku lama.
Alhamdulillah.. menjelang tengahhari segala kerja beres.
Alhamdulillah.. menjelang tengahhari segala kerja beres.
Mesyuarat Pertama AJK Sesi 2011-2013
Mesyyuarat diadakan pada 6hb Feb., 2011 Ahad 8.45 malam di Masjid Kg Semangar Dalam.
Dimulakan dengan bacaan doa daripada Tuan Imam A Rahman, Imam Masjid Nurul Hidayah.
Kehadiran adalah 10/17 termasuk pemeriksa kira-kira. Turut hadir ialah bilal Encik Sitas b Jaimin , imam Encik A Rahman b Mohamed, ketua kampung En Jasmani b Satar dan Ustaz Lugiman b Sastero. Penggerak Masjid DUN Panti Ustaz Hj Zainudin b Hj Rakub tidak dapat hadir . Begitu juga dengan Penghulu Mukim Ulu Sg Johor merangkap Pengerusi Majlis Masjid/Surau Mukim . Beliau mewakilkan Ketua Kampung Semangar.
Pegawai Penyelaras Masjid/Surau Daerah, Ustaz Hj Lugiman b Sastero dari Pejabat Kadhi, Kota Tinggi telah memperincikan tugas AJK dan peranan pegawai masjid.
Selepas sesi ucapan dan penerangan, para ajk dan jemputan menjamu selera di serambi masjid. Setelah Pegawai Penyelaras Masjid/Surat berangkat pulang mesyurat AJK diteruskan hingga jam 12.30 malam 7hb Feb, Isnin.
Monday, February 7, 2011
Notis mesyuarat AJK 1/2011
Semua AJK Masjid Nurul Hidayah diminta hadir ke Mesyuarat AJK Kali Pertama bagi sesi 2011-2013 seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 6 FEB 2011 / 3 Rabiulawwal 1432H
Masa : 8.45 malam (Lepas Isyak)
Hari : Ahad
Tempat : Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar
Dijemput turut serta ialah
Imam Abd Rahman b Mohamed
Imam Tuan Hj Mohd Siti b Razali
Bilal Sitas b Jaimin
Yang Berbhg Tok Penghulu Mukim Ulu Sg Johor Tn Hj Zainuddin b Zainal Abidin
Yang dihormati Ketua Kampung Semangar Encik Jasmani b Satar
Yang dimuliakan Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kota Tinggi Tn Haji Lugiman b Sastero
Yang dihormati Penggerak Masjid/Surau DUN Panti Tn Haji Zainuddin b Hj Rakub
Agenda:-
ATURCARA MAJLIS:
Tarikh : 6 FEB 2011 / 3 Rabiulawwal 1432H
Masa : 8.45 malam (Lepas Isyak)
Hari : Ahad
Tempat : Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar
Dijemput turut serta ialah
Imam Abd Rahman b Mohamed
Imam Tuan Hj Mohd Siti b Razali
Bilal Sitas b Jaimin
Yang Berbhg Tok Penghulu Mukim Ulu Sg Johor Tn Hj Zainuddin b Zainal Abidin
Yang dihormati Ketua Kampung Semangar Encik Jasmani b Satar
Yang dimuliakan Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kota Tinggi Tn Haji Lugiman b Sastero
Yang dihormati Penggerak Masjid/Surau DUN Panti Tn Haji Zainuddin b Hj Rakub
Agenda:-
ATURCARA MAJLIS:
1. 1. Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis
2. 2. Bacaan doa oleh Imam Masjid Nurul Huda
3. 3. Ucapan Pengerusi AJK Masjid Nurul Huda (NH) Kg Smangar 2011-2013
4. 4. Ucapan Pengerusi Majlis Masjid dan Surau Mukim Ulu Sg Johor
5. 5. Penyerahan Tugas Pengurusan Masjid NH 2008-2010 kepada Yg Berbhg Penghulu Mukim Ulu Sg Johor merangkap Pengerusi Majlis Masjid/Surau Mukim daripada mantan Pengerusi Masjid 2008-2010, Encik Mohd Siswaya b Sadat.
6. 6. Penerimaan Tugas Pengurusan Masjid NH bagi sesi 2011 – 2013 daripada Yg Berbhg Penghulu Mukim Ulu Sg Johor merangkap Pengerusi Majlis Masjid/Surau Mukim
7. 7. Taklimat oleh Yang Mulia Ustaz Lugiman b Sastero, Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kota Tinggi: Peranan dan tanggung jawab AJK masjid bersama Pegawai Masjid dan Penggerak Masjid/Surau DUN Panti (Pengerusi, Timbalan, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan biro-biro)
8. 8. Jamuan ringan
9. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah Kali Pertama (2011-2013)
9.1 Ucapan Pengerusi
9.2 Ucapan Penasihat
9.3 Program Tahunan Masjid Nurul Huda, Kg semangar
9.4 Laporan Kewangan
9.5 Laporan Tabung Kebajikan Pengurusan Jenazah Kg Semangar Dalam
9.6 Pemakluman Lantikan Biro-biro
9.7 Hal-hal Lain
Thursday, February 3, 2011
Waktu solat
Waktu solat adalah peruntukan tempoh atau selang masa tertentu bagi masyarakat muslim menjalani syariat solat sama ada fardhu ataupun sunat. Penyusunan waktu solat fardhu telah diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Waktu solat adalah piawai bagi masyarakat muslim seluruh dunia. Terutama bagi solat fardhu, waktunya ditetapkan mengikut peredaran matahari dan bukan mengikut selang masa yang tetap. Hal ini disebabkan oleh faktor geografi, bentuk bumi, kecondongan paksi bumi dan peredaran bumi dalam orbitnya yang berbentuk elips. Kerana itu waktu solat boleh berubah mengikut pertukaran musim disebabkan perbezaan kadar siang dan malam.
Waktu Solat Fardhu
Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.
Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.
Waktu Maghrib (ﻣﻐﺮﺏ) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.
Waktu Isya'/Isyak (ﻋﺸﺎﺀ) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.
Waktu Subuh (ﺻﺒﺢ) bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.
Waktu Solat Sunat
Tidak semua solat sunat mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa solat sunat. Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. antara solat sunat yang dilakukan mengikut waktu tertentu:
§ Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
§ Solat dua Hari Raya - dilakukan pada waktu pagi hari raya yang pertama bagi kedua-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu Dhuha (ﺿﺤﻰ) iaitu waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah)
§ Solat tarawih - dilakukan pada waktu Isya' (lazimnya dilakukan selepas Solat isya' sebelum kemunculan waktu imsak)
§ Solat sunat rawatib - dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tidak semua solat mempunyai kedua-dua solat sunat.
Waktu Haram Solat Sunat
Berikut adalah waktu yang diharamkan solat sunat kecuali solat sunat yang mempunyai sebab terdahulu seperti solat qadha' fardhu, solat-solat sunat wudhu', tahiyyatul masjid, gerhana, jenazah, minta hujan dan nazar (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):
§ Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
§ Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
§ Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
§ Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
§ Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.
Laman Pengiraan Waktu Solat
§ http://www.e-solat.gov.my, Laman web waktu solat terkini oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
§ http://www.waktusolat.net, laman web waktu solat terkini yang mempunyai kiraan yang sama dengan JAKIM.
§ http://www.waktusolat.com.my, Informasi Solat dan Quran.
Friday, January 28, 2011
AJK Pengurusan Masid Nurul Hidayah 2011-2013
BORANG 2
SENARAI NAMA YANG DIPILIH UNTUK
JAWATANKUASA MASJID NURUL HIDAYAH , KG SEMANGAR
SESI 2011-2013 (Mesyuarat pada 6/10/2011)
Bll | Nama | No. K/P | Telefon | Jawatan |
1 | Tuan Hj Kahalit b Othaman | 600308016009 | 0197552979 | Pengerusi |
2 | Encik Ahmad b Othman | 440420015583 | 0177232194 | Timbalan Pengerusi |
3 | Encik Nizam b Basri | 730730016499 | 0137022125 | Setiausaha |
4 | Encik Ismail b Arshad | 681116015447 | - | Penolong Setiausaha |
5 | Encik Mohd Nazri b Sayuti | 740407016463 | 0197005823 | Bendahari |
6 | Encik Ibrahim b Daud | 670919016079 | 0197167455 | Biro Pembangunan dan Ekonomi |
7 | Encik (Ustaz) Zubir b Ismail | 690613035355 | 0197167455 | Biro Pendidikan dan Dakwah |
8 | Encik Mohd Siswaya b Sadat | 641107016097 | 0197693531 | Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan |
9 | Encik Hassan b Awang | 650101016517 | 0127186272 | Biro Kebersihan dan Keceriaan |
10 | Encik Dulkifli b Darisun | 600820015443 | 0197785767 | Biro Pengimarahan Masjid |
11 | Puan Asiah bt Moin | 700810015106 | 0137643281 | Biro Penerbitan dan IT |
12 | Puan Taslimah bt Madi | 490203015224 | 0197656942 | Biro Hal Ehwal Wanita Islam |
13 | Encik Sujilan b Yamin | 720626015155 | 0197624364 | Biro Rakan Muda Masjid |
14 | Encik Ghani b Daud | 630814015815 | 0137955997 | Biro Keselamatan & Sukarelawan |
15 | Encik Md Razak b Abd Majid | 610102016215 | 0137015440 | Biro Pengurusan Aset & Prasarana |
16 | Encik M Noor b Mahmud | 600929015121 | - | Pemeriksa Kira-kira 1 |
17 | Encik Junaidi b Ahmad | 551025715493 | - | Pemeriksa Kira-kira 2 |
Pegawai Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar
1. Encik Abd Rahman b Mohamed --> Imam 1
2. Tuan Haji Mohd Siti b Razali --> Imam 2
3. Encik Sitas b Jaimin --> Bilal
Subscribe to:
Posts (Atom)