Friday, July 22, 2011

Menerima Sumbangan Rehal Daripada At-Tijarah, Johor Corporation Bhd.

        At-Tijarah daripada JCorp, Johor telah datang ke Masjid Nurul Hidayah pada 20hb Julai, 2011, 11.00 pagi untuk menyampaikan bantuan 10 buah `rehal` sempena Ulang Tahun ke 40. 
        Pada bulan Mei yang lalu, pihak masjid telah memohon 10 buah rehal untuk kegunaan masjid. Majlis ringkas penyerahan tersebut dilakukan di ruang masjid diserahkan oleh Tn Hj Shahruni, pengarah At- Tijarah  kepada Tn Hj Kahalit, Pengerusi Masjid  Nurul Hidayah bersama Imam Abd Rahman b Mohamed.
        Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

Pra Ramadhan - Program Qiyamullail

QIYAMULLAIL
( MENDIRIKAN SOLAT MALAM- Pra Ramadhan)



DIJEMPUT SEMUA  PEGAWAI, AJK,  AHLI QARIAH  MASJID NURUL HIDAYAH
KG SEMANGAR DALAM  DAN SEKITARNYA

MENYERTAI

PROGRAM QIYAMULLAIL SEPERTI KETETAPAN BERIKUT

TEMPAT               :        MASJID NURUL HIDAYAH, KG SEMANGAR DALAM
TARIKH                :        ISYAK  23.7.2011  HINGGA SUBUH  24.7.2011
PEMBIMBING     :        YM USTAZ SAIFUL ANAM (AHLI  PEMBIMBING KURSUS  HAJI 2011/1432H)
PENGANJUR       :        MASJID NURUL HIDAYAH, KG SEMANGAR DALAM

PENYERTAAN PERCUMA*


TENTATIF :

ü  Solat Isyak berjemaah
ü  Tazkirah  dan taklimat persediaan  Qiyamullail
ü  Persiapan diri
ü  4.00 pagi berkumpul di Masjid Nurul Hidayah
ü  Tazkirah
ü  Solat Tahajjud, Hajat,   Istikharah, Tasbih dan Witir
ü  Solat Subuh dan Kuliah
ü  Riadhah dan Sarapan.


KETERANGAN LANJUT , HUBUNGI 0197552979, 0197005823 dan 013702212

`Sucikan jiwa, mantapkan iman`                          
 `Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara`

*(Makan minum disediakan)                                                             http://masjidnurulhidayahkgsemangar.blogspot.com