Friday, January 28, 2011

AJK Pengurusan Masid Nurul Hidayah 2011-2013

BORANG 2
SENARAI NAMA YANG DIPILIH UNTUK
JAWATANKUASA MASJID NURUL  HIDAYAH , KG SEMANGAR
SESI 2011-2013 (Mesyuarat pada 6/10/2011)

Bll
Nama
No. K/P
Telefon
Jawatan
1
Tuan Hj Kahalit b Othaman
600308016009
0197552979
Pengerusi
2
Encik Ahmad b Othman
440420015583
0177232194
Timbalan Pengerusi
3
Encik Nizam b Basri
730730016499
0137022125
Setiausaha
4
Encik Ismail b Arshad
681116015447
-
Penolong Setiausaha
5
Encik Mohd Nazri b Sayuti
740407016463
0197005823
Bendahari
6
Encik Ibrahim b Daud
670919016079
0197167455
Biro Pembangunan dan Ekonomi
7
Encik (Ustaz) Zubir b Ismail
690613035355
0197167455
Biro Pendidikan dan Dakwah
8
Encik Mohd  Siswaya b Sadat
641107016097
0197693531
Biro Kebajikan, Sosial  & Kebudayaan
9
Encik Hassan b Awang
650101016517
0127186272
Biro Kebersihan dan Keceriaan
10
Encik Dulkifli b Darisun
600820015443
0197785767
Biro Pengimarahan Masjid
11
Puan Asiah bt Moin
700810015106
0137643281
Biro Penerbitan dan IT
12
Puan Taslimah bt Madi
490203015224
0197656942
Biro Hal Ehwal Wanita Islam
13
Encik Sujilan b Yamin
720626015155
0197624364
Biro Rakan Muda Masjid
14
Encik Ghani b Daud
630814015815
0137955997
Biro Keselamatan & Sukarelawan
15
Encik Md Razak b Abd  Majid
610102016215
0137015440
Biro Pengurusan Aset & Prasarana
16
Encik M Noor b Mahmud
600929015121
-
Pemeriksa Kira-kira 1
17
Encik Junaidi b Ahmad
551025715493
-
Pemeriksa Kira-kira 2

Pegawai Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar

1. Encik Abd Rahman b Mohamed --> Imam 1
2. Tuan Haji Mohd Siti b Razali --> Imam 2
3. Encik Sitas b Jaimin --> Bilal

Sunday, January 23, 2011

Erti `fasik` yang mudah


Ibrah 15:Mengertikah Anda Apa itu Fasik?


Anda tahu apa itu Fasik?

Sekadar perkongsian bagi yang kurang mengerti.Dipetik dari Kuliah TG Nik Aziz berkaitan Sirah Nabawiyah.Bagi yg mengerti, jika ada tambahan ilmu,sila kongsi. Tidak rugi ilmu anda bila berkongsi.Percayalah.

Jika anda ingin tahu ciri-ciri Org Fasik,Hukum Org Fasik,Definisi orang Fasik dan info ala-ala dalam buku teks, sila rujuk kembali buku Teks Pendidikan Islam anda atau cari dengan En Google,kita cuba hurai dari sudut pandangan lain kali ini.

Fasiq dari sudut bahasa adalah 'terkupas kulit luar'.

Diguna masyarakat arab untuk menggambarkan sesuatu yg tidak sempurna apabila terkupas.

seakan kulit pisang terkupas, cepatlah rosak pisang itu,
seakan kulit durian terkupas, cepat rosak isi durian itu,
seakan makanan yg tidak ditutup dgn saji, cepat dihurung lalat sajian anda!

Begitu juga kita.

jika kulit luar (Islam) anda terkupas, mana mungkin isi dalam (Iman) itu sempurna.mungkin berkulat, mungkin dihurung lalat,malah mungkin sudah berulat!

Mana mungkin iman anda sempurna bila anda malas solat.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak puasa.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak berzakat.

dari sudut manusiawi, yang luar itu islam,yang dalam itu iman. apabila terang-terang terkupas islam diluar itu,rendah kebarangkalian yg dalam itu suci terjaga!

Perbuatan dan penampilan zahir itu menggambar anda adalah seorang Islam atau tidak-solat anda,puasa anda,zakat anda,sedekah anda dan segala-gala yang berbentuk syiar. Yg mengesahkan anda adalah seorang islam.

Sebagai contoh,seorang islam tidak boleh ada tatu,maka jika anda terjumpa orang bertatu,maka automatik anda berpendapat orang itu bukan islam.
Scofield yang bertatu

Perbuatan batin itu susah ditafsir.Iman itu barang dalam,ia sama sekali tidak dapat ditafsir dengan mata kasar.Mungkin anda melaksanakan semua suruhan-suruhan Allah seperti diatas, tp jika anda syirik dengan Allah, mana orang tahu!

Orang fasiq itu orang yg terkupas islamnya.
Orang syirik itu terkupas iman dan akidahnya.

Sebab itu syirik itu jauh lebih mudarat dari fasiq.Tapi kita kena ingat,kemuliaan anda hilang bila anda fasiq.

Amat payah untuk kesyurga bila iman itu berdaki dan rosak sifatnya.Kita akan dicelup dalam api neraka untuk membersihkan daki-daki dosa sebelum kita dibenar menjengah kesyurga.Seakan bijih-bijih timah yg perlu dimasak dalam relau untuk mengasingkan timah asli dan daki-daki bijih.

Daki-daki itu sedikitpun tiada nilai.
Yang dicari orang bijih timah yg tulen itu.

Dosa-dosa itu juga tiada nilainya.Nilainya adalah sebagai tiket untuk anda dicelup dalam api neraka yang panas amat.
Yang dicari adalah iman yg tulen.Tiket ke syurga!

Sanggupkah anda ke neraka? Sama-sama muhasabah diri, semoga rahmat Allah bersama kita.Semoga Allah masih sudi merahmati kita walaupun bergunung dosa kita.

Wallahualam.
Sumber : http://ibrahkehidupan.blogspot.com/2010/01/ibrah-15mengertikah-anda-apa-itu-fasik.html

Wednesday, January 19, 2011

Cara bagi harta / anak yatim


A005
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (An-Nisaa' 4:5) | <Embed> English Translation 

A006
Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan). (An-Nisaa' 4:6) | <Embed> English Translation 

A007
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah). (An-Nisaa' 4:7) | <Embed> English Translation 

A008
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (An-Nisaa' 4:8) | <Embed> English Translation 

A009
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran). (An-Nisaa' 4:9) |<Embed> English Translation 

A010
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala. (An-Nisaa' 4:10) |<Embed> English Translation 

A011
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 4:11) | <Embed> English Translation 

A012
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. (An-Nisaa' 4:12) | <Embed> English Translation 

A013
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (An-Nisaa' 4:13) | <Embed> English Translation 

A014
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. (An-Nisaa' 4:14) | <Embed> |English Translation 



Sumber-->  http://www.surah.my/4