Pada 1.1.2011, Ajk Pengurusan Masjid Nurul Hidayah telah melengkapkan pembinaan tanda arah Kiblat di Tanah Perkuburan Kg Semangar (konkrit).
Sebelum itu, penandaan arah kiblat ini telah disediakan, diukur dan disahkan serta disempurnakan oleh Pegawai Penguatkuasaan Tanah Perkuburan Daerah Kota Tinggi dari Pejabat Agama Islam Daerah Kota Tinggi pada 23/10/2010. AJK yang hadir pada masa pengukuran tanda arah kiblat tersebut adalah Tuan Haji Kahalit b Othaman dan Encik Mohd Nazri b Sayuti. Turut serta ialah Tuan Haji Mohd Siti b Razali, Imam 2 Masjid Nurul Hidayah.
Terima kasih diucapkan kepada kaki tangan Pejabat Agama Islam Daerah Kota Tinggi yang telah menjayakan tugas murni ini.
No comments:
Post a Comment