Menara Azan Masjid Nurul Hidayah MAC, 2014.
Menara Azan ini telah siap sepenuhnya dan telah diserahkan kepada pihak JK Masjid Nurul Hidayah oleh wakil KEJORA , Encik Shahran. Turut hadir ialah Ketua Kampung, Encik Jasmani b Satar, kontraktor dan Pengerusi Masjid Nurul Hidayah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------Sebuah menara azan baru telah dibina oleh KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) mulai 13.02.2014 di Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar Dalam. Kini , menara tersebut telah siap. Diharapkan, laungan azan akan berbunyi lebih kuat dan jauh sebaran bunyinya. Mudah-mudahan lebih ramai qariah masjid datang untuk berjemaah .
Menara azan yang sedang dalam pembinaan mulai 13.02.2014
Sambutan Maulid Nabi SAW peringkat kampung pada 14.03.2014.
Kelihatan di belakang adalah menara azan yang telah siap.