Monday, March 17, 2014

Menara Azan Baru sumbangan KEJORA

 
 Menara Azan Masjid Nurul Hidayah MAC, 2014.

Menara Azan ini telah siap sepenuhnya dan telah diserahkan kepada pihak JK Masjid Nurul Hidayah oleh wakil KEJORA , Encik Shahran. Turut hadir ialah Ketua Kampung,  Encik Jasmani b Satar, kontraktor dan Pengerusi Masjid Nurul Hidayah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
 Sebuah menara azan baru telah dibina oleh KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) mulai 13.02.2014 di  Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar Dalam. Kini , menara tersebut telah siap. Diharapkan, laungan azan  akan  berbunyi lebih kuat dan jauh  sebaran bunyinya. Mudah-mudahan lebih ramai  qariah masjid datang untuk berjemaah .

Menara azan yang sedang dalam pembinaan mulai 13.02.2014

Sambutan Maulid Nabi SAW peringkat kampung pada 14.03.2014.
Kelihatan di belakang adalah menara azan yang telah siap.

     Terima kasih daripada pihak masjid dan penduduk kampung kepada KEJORA yang telah dapat membina menara azan ini. Ia juga merupakan mercu tanda  syiar Islam di sini. Terima kasih.


3 comments:

  1. Semoga bunyi laungan azan yang kuat akan membuka hati penduduk kampung ini terpanggil untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Aamiiiiii..

    ReplyDelete
  2. Semoga bunyi laungan azan yang kuat akan membuka hati penduduk kampung ini terpanggil untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Aamiiiiiin..

    ReplyDelete
  3. Nk tahu siapa nama admin yg tulis blog ni

    ReplyDelete