Bacaan
Kuat Selain Azan
Disiarkan pada January 15, 2011
BACAAN SELAIN AZAN DI
PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)
Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan-
yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini
telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan.
Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan
al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka
dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin
mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah
azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara
sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w.
Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada
pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita
tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin
membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang
sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat
seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan
selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka
bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka
buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang
lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang
menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam
hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda
mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi
s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan
bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian
kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi
yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di
masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau
menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang
bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan
sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara
bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.
Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin
r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini.
Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat
menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa
yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal
perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan
tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang
berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita,
khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang
telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu
dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas
pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya,
masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti
jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”.
(Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan
terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim.
Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan
lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang
ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan
dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu
bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak
kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat
atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara
yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang
bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis
Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar
suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat
keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan
yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam
masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan
Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu
bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham
banyak pihak.
Rujukan:
http://drmaza.com/home/?p=1339
Perbuatan ini juga sebenarnya merupakan salah satu daripada talbis iblis (tipu daya iblis). Dan ianya telah menyebabkan dua perkara yang tidak baik berlaku iaitu:
1) Mencampur aduk di antara azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat.
2) Amalan ini tidak pernah wujud dalam urusan ibadah yang mengikuti sunnah.
Oleh kerana itu Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
23 April 2011
4/23/2011
01:21:00 AM IKMAL JOHARI
Membaca al-Quran tidak salah. Malah ianya mendapat pahala yang
besar ganjarannya. Nabi s.a.w. bersabda:
Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu
kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak
mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan
mim satu huruf (Hadis riwayat al-Bukhari).
Dalam membaca al-Quran ada etika dan peraturannya. Dan di antara
larangannya adalah membaca al-Quran dengan kadar intonasi yang agak kuat sehingga
mengganggu para jamaah. Bahkan boleh juga mengganggu orang lain yang berada di
luar masjid. Sama ada orang yang membacanya untuk menperdengarkan suaranya atau
kaset rakaman bacaan Qari untuk dipasangkan.
Persoalan yang timbul adalah kenapa perkara ini boleh mengganggu
jamaah di dalam masjid atau orang lain yang berada di luar masjid. Jika jamaah
di dalam masjid, mereka akan hilang fokus dan khusyuk mereka ketika sedang
menunaikan ibadah. Jika orang lain yang berada di luar masjid, aktiviti harian
mereka boleh hilang fokus disebabkan suara yang agak kuat dan bising.
Oleh sebab itu, Nabi s.a.w pernah melarang orang yang menguatkan
bacaan al-Quran di dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Ini dibuktikan
di dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda
mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi
s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan
bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian
kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi
yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Menurut kata-kata daripada Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin
r.h dalam mengulas hadis ini, beliau berkata:
Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini.
Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat
menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa
yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal
perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan
tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang
berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita,
khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang
telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu
dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas
pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya,
masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti
jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”.
(Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Maka, perbuatan yang dilakukan oleh kebanyakan masjid di
Malaysia perlu disemak semula.
Perbuatan ini juga sebenarnya merupakan salah satu daripada talbis iblis (tipu daya iblis). Dan ianya telah menyebabkan dua perkara yang tidak baik berlaku iaitu:
1) Mencampur aduk di antara azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat.
2) Amalan ini tidak pernah wujud dalam urusan ibadah yang mengikuti sunnah.
Oleh kerana itu Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan
dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu
bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak
kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat
atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara
yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang
bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis
Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Wallahu'alam.
Ikmal Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
23 April 2011/ 19 Jamadil Awal 1432H
No comments:
New comments are not allowed.