Sunday, November 16, 2014

Kelas Maghrib : Belajar Al-Quran Bertajwid

KULIAH MENGAJI AL-QURAN

 Para jemaah sedang  memberi tumpuan kepada kelas mengaji

Kuliah Mengaji Al-Quran oleh Ustaz Mohiddin b Abd Wahab
di Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar

Kelas Maghrib - Pelajaran Kelas Al-Quran Bertajwid akan bermula pada 10/11/2014 setiap hari Isnin selepas Maghrib. Pelajaran akan dipimpin oleh Guru Al-Quran Bersanad,  YM Ustaz Mohiddin b Abd Wahab dari Johor Bahru.

Semua penduduk  Kg Semangar dan sekitar hadir. Tempat kelas ialah di Masjid Nurul Hidayah Kg Semangar Dalam.   Untuk Maklumat lanjut , sila hubungi Hj Kahalit - 0197552979.

KELAS-KELAS MAGHRIB YANG LAIN


  1. Hari Rabu Setiap Minggu KeTiga - Kuliah Fiqh oleh Ustaz Basri
  2. Hari Rabu Setiap Minggu KeEmpat - Kuliah Hadis dan Tasauf oleh Ustaz Zainal
  3. Hari Khamis Setiap  Minggu Pertama - Kuliah  Fekah (Solat)
  4. Hari Jumaat Setiap Minggu Akhir Bulan - Kuliah Tauhid oleh Ustaz Salleh b Hj Maliki
  5. Hari Isnin Setiap Minggu - Kuliah Tajwid AlQuran oleh Guru AlQuran Ustaz Mohiddin b Abd Wahab
  6. Kelas Mengaji AlQuran Talaqqi Bersanad Setiap Minggu Selepas  Solat Asar Hari Isnin.

Monday, June 23, 2014

Terperanjat besar bila baca dan tonton video ni..

Kisah tepung yang kita makan hari-hari. Mengapa pihak bertanggung jawab membiarkan sahaja?

                                                  Tonton


Thursday, April 10, 2014

Bacaan Kuat Selain Azan dari Corong Masjid :: Ikut Sunnahkah Kita?

Bacaan Kuat Selain Azan
Disiarkan pada January 15, 2011
BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.


Rujukan: http://drmaza.com/home/?p=1339



23 April 2011
4/23/2011 01:21:00 AM  IKMAL JOHARI 

Membaca al-Quran tidak salah. Malah ianya mendapat pahala yang besar ganjarannya. Nabi s.a.w. bersabda:

Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf (Hadis riwayat al-Bukhari).

Dalam membaca al-Quran ada etika dan peraturannya. Dan di antara larangannya adalah membaca al-Quran dengan kadar intonasi yang agak kuat sehingga mengganggu para jamaah. Bahkan boleh juga mengganggu orang lain yang berada di luar masjid. Sama ada orang yang membacanya untuk menperdengarkan suaranya atau kaset rakaman bacaan Qari untuk dipasangkan.


 Persoalan yang timbul adalah kenapa perkara ini boleh mengganggu jamaah di dalam masjid atau orang lain yang berada di luar masjid. Jika jamaah di dalam masjid, mereka akan hilang fokus dan khusyuk mereka ketika sedang menunaikan ibadah. Jika orang lain yang berada di luar masjid, aktiviti harian mereka boleh hilang fokus disebabkan suara yang agak kuat dan bising.

Oleh sebab itu, Nabi s.a.w pernah melarang orang yang menguatkan bacaan al-Quran di dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Ini dibuktikan di dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Menurut kata-kata daripada Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h dalam mengulas hadis ini, beliau berkata:

Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Maka, perbuatan yang dilakukan oleh kebanyakan masjid di Malaysia perlu disemak semula.

Perbuatan ini juga sebenarnya merupakan salah satu daripada talbis iblis (tipu daya iblis). Dan ianya telah menyebabkan dua perkara yang tidak baik berlaku iaitu:

1) Mencampur aduk di antara azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat.
2) Amalan ini tidak pernah wujud dalam urusan ibadah yang mengikuti sunnah.

Oleh kerana itu Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:


“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Wallahu'alam.

Ikmal Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
23 April 2011/ 19 Jamadil Awal 1432H

Monday, March 17, 2014

Menara Azan Baru sumbangan KEJORA

 
 Menara Azan Masjid Nurul Hidayah MAC, 2014.

Menara Azan ini telah siap sepenuhnya dan telah diserahkan kepada pihak JK Masjid Nurul Hidayah oleh wakil KEJORA , Encik Shahran. Turut hadir ialah Ketua Kampung,  Encik Jasmani b Satar, kontraktor dan Pengerusi Masjid Nurul Hidayah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
 Sebuah menara azan baru telah dibina oleh KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) mulai 13.02.2014 di  Masjid Nurul Hidayah, Kg Semangar Dalam. Kini , menara tersebut telah siap. Diharapkan, laungan azan  akan  berbunyi lebih kuat dan jauh  sebaran bunyinya. Mudah-mudahan lebih ramai  qariah masjid datang untuk berjemaah .

Menara azan yang sedang dalam pembinaan mulai 13.02.2014

Sambutan Maulid Nabi SAW peringkat kampung pada 14.03.2014.
Kelihatan di belakang adalah menara azan yang telah siap.

     Terima kasih daripada pihak masjid dan penduduk kampung kepada KEJORA yang telah dapat membina menara azan ini. Ia juga merupakan mercu tanda  syiar Islam di sini. Terima kasih.